Kerja meroboh Pasar Besar Pasir Puteh oleh Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) tidak dapat dilakukan apabila dihalang sebahagian besar 375 peniaga yang menjalankan perniagaan di situ, hari ini.
Kumpulan yang kebanyakannya wanita itu menghalang jentolak daripada merobohkan pasar tersebut bermula 9.30 pagi, namun kehadiran sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh telah dapat mengawal keadaan.
Sebelum ini, MDPP mengeluarkan notis supaya peniaga terbabit berpindah ke pasar baharu Pasar Siti Hajar yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ, namun mereka enggan berpindah atas alasan kawasan berkenaan tidak strategik dan ruang niaga yang sempit.
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar Pasir Puteh, Kamarzaman Che Ngah berkata pihak berkenaan tidak sepatutnya cuba merobohkan pasar tersebut kerana para peniaga telah membawa perkara itu ke mahkamah.
"Peniaga bersedia mematuhinya sekiranya mahkamah membuat keputusan supaya mereka berpindah ke pasar yang baharu itu tetapi pihak MDPP sepatutnya menunggu keputusan itu sebelum mengambil tindakan untuk meroboh pasar ini," katanya.
Sementara itu, seorang peniaga barangan runcit Faridah Mustafa, 54, berkata tindakan untuk merobohkan pasar tersebut agak keterlaluan memandangkan mereka telah menjalankan perniagaan di situ sejak 1980 tanpa sebarang masalah berbanding pasar baharu yang kurang menyakinkan.
Beliau bimbang berniaga di pasar baharu akan menjejaskan pendapatannya berikutan kurang sambutan daripada pelanggan kerana terletak di lokasi kurang strategik dan agak jauh dari jalan utama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 12 2018
Kerja-kerja merobohkan Pasar Besar Pasir Puteh oleh Majlis Daerah Pasir Puteh gagal selepas dihalang seramai 375 peniaga yang menjalankan perniagaan di situ hari ini. --fotoBERNAMA
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Peniaga halang kerja meroboh pasar di Pasir Puteh
Kumpulan yang kebanyakannya wanita itu menghalang jentolak daripada merobohkan pasar tersebut bermula 9.30 pagi, namun kehadiran sepasukan anggota polis telah dapat mengawal keadaan.
Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh enggan pindah, tunggu keputusan rayuan di mahkamah
Sebilangan besar daripada 516 peniaga di Pasar Besar Pasir Puteh enggan berpindah ke Pasar Siti Hajar.